UNDERCON VS SUBSALE
UNDERCON VS SUBSALE
Ramai lagi yang keliru antara rumah subsale dengan undercon. Okay ini sedikit ilmu basic untuk anda.
Apa itu rumah undercon?
- Beli rumah direct dengan pemaju.
- Tak kira la sama ada rumah belum buat atau yang dah siap.
- Kelebihan rumah undercon ni deposit rendah. - Ada yang deposit cuma 1k atau 2k. Bergantung kepada pemaju.
- Satu lagi yuran guaman (legal fee) perjanjian jual beli adalah percuma. Ini salah satu pakej yang ditawarkan pemaju untuk attract pembeli.
- Undercon ni ada 2 jenis:
1) Build then Sell
2) Sell then Build
Build then Sell
- Pemaju yang financially strong je yang buat rumah jenis ni sebab dia bina rumah dulu kemudian baru jual. Modal nak pakai banyak woo kalau nak buat rumah dulu.
- Biasa pemaju yang besar-besar la buat macam ni. Contohnya SP Setia, Mah Sing, Sime Darby.
- Kelebihan dia takde la kes terbengkalai sebab rumah memang dah siap.
- Pembeli tak perlu nak bayar progress payment (interest).
- Dah beli boleh terus duduk tak payah tunggu projek siap.
- Cuma harga dia lebih mahal banding beli undercon yang 'Sell then Build'.
Sell then Build
- Harga lebih murah berbanding undercon 'Build then Sell'.
- Risiko undercon jenis ni adalah possibility projek terbengkalai.
- Biasa kalau pemaju kecil-kecilan kena hati-hati sikit la.
- Kena bayar progress payment.
- Kena tunggu antara 2-3 tahun untuk rumah siap.
Apa itu rumah subsale?
- Beli rumah dari tangan orang lain.
- Senang cerita rumah second-hand bukan rumah baru.
- Deposit tinggi (10% dari harga rumah)
- Legal fee kena bayar sendiri.
Kesimpulannya kalau nak beli rumah subsale kena stand by cash yang banyak.
SUMBER ASAL: Fazri Omar
Comments
Post a Comment