Jenis-jenis geran:
Jenis-jenis geran:
1. Geran tanah
Terdapat 2 jenis Geran Tanah atau Hakmilik Tanah:
i. Hakmilik Tetap (HT)
ii. Hakmilik Sementara (HS)
2. Hakmilik tetap
i. Hakmilik Tetap Pejabat Pendaftar
Geran Negeri iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya
Geran Pajakan Negeri iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu
ii. Hakmilik Tetap Pejabat Tanah
Geran Mukim iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya.
Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu.
Geran Pajakan biasanya selama 60 tahun atau 99 tahun. Selepas tempoh pajakan tamat, kerajaan negeri boleh mengambil tanah tersebut. Pemilik tanah boleh memohon untuk menyambung pajakan untuk tempoh tertentu dengan bayaran premium tanah semasa. Geran pajakan kemungkinan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dan kemungkinan tiada sekatan.
3. Hakmilik sementara
Tidak boleh dipecah sempadan.
Tidak boleh dipecah bahagi.
Tidak boleh disatukan tanah.
Tidak boleh dipecah bahagian bangunan jika ianya terletak di atas tanah HS.
** melainkan tanah telah diukur dengan sempurna dan pelan berkenaan dengannya telah diluluskan.
HS ialah untuk membolehkan tanah diberimilik sebelum diukur atau membolehkan hakmilik dikeluarkan sebelum pengukuran tanah apabila berlaku pecah sempadan, pecah bahagia dan penyatuan. HS membolehkan tuan punya tanah membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur diselesaikan.
Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Pendaftaran – Akhirnya akan dipegang oleh Geran Negeri atau Geran Pajakan Negeri.
Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Tanah – Akhirnya akan dipegang oleh Geran Mukim atau Geran Pajakan Mukim
Sumber Asal: MEP
Comments
Post a Comment