KENAPA KENA GUNA BANKER EJEN HARTANAH

"KENAPA KENA GUNA BANKER EJEN HARTANAH?"
.
Soalan panjangnya, kenapa Perunding Hartanah Desak Pembeli Menggunakan Bank Yang Mereka Cadangkan Untuk Apply Loan?
.
.
Jika anda membuat pembelian hartanah melalui agensi hartanah adalah biasa jika Perunding Hartanah 'mewajibkan' anda memohon loan melalui bank yang mereka cadangkan.
.
Ini bukanlah sebab mereka dapat komisen daripada bank. Bank tidak beri komisen walau sesen pun.
.
Sebagai seorang Perunding Hartanah, menjayakan proses jual beli adalah keutamaan mereka. Kelulusan loan dan penyiapan S&P adalah sangat penting kerana komisen mereka bergantung kepadanya.
.
Tujuan anda diminta memohon loan daripada bank yang dicadangkan adalah kerana:
.
.
i) Panel penilai bank berkenaan telah memberi nilaian di awal Perunding Hartanah mendapatkan listing berkenaan
.
ii) Bank tersebut adalah bank yang boleh memberi pinjaman maksima terhadap hartanah terlibat (misalnya hartanah dalam master title lebih daripada 10 tahun)
.
Anda tidak digalakkan memohon loan di bank lain kerana anda sebagai pembeli tidak pandai memberi maklumat yang betul kepada pegawai bank dan ini menjejaskan nilaian.
.
Contohnya anda hanya membawa geran atau S&P terdahulu kepada bank tanpa maklumat berkenaan ubahsuai (renovation) yang boleh menambah nilai. Akhirnya anda akan menuduh Perunding Hartanah menipu anda pula.
.
.
Nota:
.
.
Di kala ini jangan peduli sangat dengan interest loan bank. Asalkan dapat loan tu dah kira baik.
.
Sumber : HamiziHamdan

Comments

Popular Posts