JENIS PINJAMAN PERUMAHAN
Terdapat banyak cara pinjaman perumahan boleh di lakukan
samada
1. Secara konvensional
- Pinjaman Flexi
2. Secara islamik
-Bai’ Bithaman Ajil (BBA)
-Musyarakah Mutanaqisah (MM)
Kadar faedah pinjaman perumahan di Malaysia
Biasanya kadar faedah yang dikenakan untuk pinjaman perumahan adalah di bawah Kadar Berian Pinjaman Asas. Contohnya, jika Kadar Berian Pinjaman Asas semasa ialah 6.6%, kadar faedah BLR – 2.5%, pinjaman anda akan dikenakan faedah 4.1%.
Tempoh terkunci
Apakah maksud tempoh terkunci (”lock-in”)?
Bank biasanya akan kenakan caj penalti antara 2% hingga 3% (dari jumlah pinjaman asal) jika anda berjaya melangsaikan keseluruhan baki pinjaman anda seawal tahun kedua atau ketiga pinjaman. Dalam tempoh ”tahun kedua atau ketiga” ini, anda tak boleh menyelesaikan keseluruhan pinjaman atau penalti akan dikenakan, adalah merupakan tempoh terkunci pinjaman perumahan anda.
Kadar pinjaman dan pembiayaan
Jumlah kelulusan permohonan pinjaman bergantung kepada beberapa perkara, termasuk
1) nilai pasaran atau harga belian rumah,
2) jenis hartanah (contohnya perumahan atau komersial),
3) lokasi hartanah,
4) profil peminjam (contohnya umur, tingkat pendapatan, dll.).
Bank akan meluluskan pinjaman pada kadar 80% hingga maksimum 90%. Ini bermaksud untuk rumah yang berharga RM500,000 anda boleh dapat pinjaman antara RM400,000 hingga RM450,000 dari bank, dan bakinya ditanggung oleh anda sebagai bayaran pendahuluan.
Sumber Asal: PropertyBuddy
Comments
Post a Comment