Jenis Jualan hartanah ada tiga (3) iaitu:

---------------------------------------
Jenis Jualan hartanah ada tiga (3) iaitu:
---------------------------------------
1. Undercons
Rumah undercon/underconstruction atau dalam bahasa mudahnya rumah yang BELUM SIAP. Rumah jenis ni beli dari pemaju.
KELEBIHAN beli rumah Undercon:
✅Downpayment rumah yang rendah dan banyak pakej istimewa diberi oleh pemaju.
✅Selalunya harga akan naik bila dah siap.
✅Pembeli dapat rumah baru dan wangi.
.
2. Subsale
Rumah Subsale atau dalam bahasa mudahnya rumah second hand. Rumah jenis ini beli dari tuan empunya rumah melalui ejen hartanah.
KELEBIHAN beli rumah subsale:
✅Pembeli boleh dapat rumah bawah harga pasaran.
✅Kalau beli untuk melabur, boleh boleh tahu demand sewa kawasan situ berapa.
✅Rumah terus boleh sewakan bila urusan jual beli selesai.
.
3. Lelong
Rumah lelong atau dikenali sebagai Auction House.
Rumah yang telah siap dan pernah diduduki dan dijual semula dalam pasaran lelong kerana tuan rumah tidak mampu membayar bayaran bulanan bank seperti yang ditetapkan. Jual Beli rumah ni perlu melalui proses membida.
KELEBIHAN beli rumah lelong:
✅Harga rumah lelong jauh lebih murah 50% dari harga pasaran semasa.
✅Pembeli boleh dapat positive cashflow bila disewakan. Maksudnya setiap bulan boleh dapat duit lebih dari hasil sewaan.
✅Kalau pembeli jual balik rumah tu pun boleh jana keuntungan sebab pembeli beli pada harga yang rendah.

SUMBER ASAL: Hartanahku

Comments

Popular Posts