Apa itu "Perfection of Transfer" & "Perfection of Charge"?

Apa itu "Perfection of Transfer" & "Perfection of Charge"?

Ini adalah situasi bila pembelian rumah/ hartanah dibuat sebelum ada Strata/ Hakmilik Individu.

Contoh:

Kalau kita beli hartanah dari pemaju , apa perlu dibuat bila selepas beberapa tahun kita beli tu, Strata/ Hakmilik Individu dikeluarkan oleh pejabat tanah atas nama pemaju?

Perkara yang perlu dibuat:-

Penyempurnaan pindah milik (Perfection of Transfer) antara pemaju dan pembeli/ tuanpunya terkini dengan menandatangani borang pindahmilik (Form 14A).

Penyempurnaan Gadaian (Perfection of Charge) antara pemilik terkini dan pihak bank jika loan masih ada, dengan menandatangani borang gadaian. Sebagai peminjam, kita tertakluk dengan perjanjian asal kita dengan pihak bank iaitu kalau geran dah keluar, kita kena pastikan gadaian kepada pihak bank didaftarkan di pejabat Tanah.

Nota:

Apabila membeli hartanah yang belum mempunyai geran/ masih dibawah hakmilik induk (master title), PEMBELI mesti tahu kronologi pembelian dan penjualan hartanah tersebut dari pembeli pertama hingga terkini DAN hendaklah simpan semua dokumen seperti SPA, Deed of Assignment, Deed of Receipt & Reassignment, Power of Attorney dan juga Revocation of Power of Attorney KERANA IANYA PENTING utk pastikan penyempurnaan pindah milik & gadaian (perfection of transfer & perfection of charge) dibuat dengan pihak yang betul. Ini yg jarang pembeli selidik bila berlaku pembelian secara 'direct owner, direct buyer'. Inilah antara salah satu sbb kenapa perlunya berurusan dgn EJEN BERDAFTAR,  kerana mereka selidik dahulu setiap rumah yg ingin dijual agar tidak menjadi masalah kpd bakal pembeli. Dlm masa yg sama membantu owner menyelesaikan masalah yg dihadapi.

Sumber Asal: Fairus

Comments

Popular Posts